ISI KANDUNGAN (K) : 60ml / (B) : 120ml
60ML
HARGA KAMI : RM 31/ HARGA PASARAN : RM 33
125ML
HARGA KAMI : RM 61 / HARGA PASARAN : RM 64
TENTANG BIO OIL
********************************
Bio‑Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang membantu memperbaik penampilan parut, regangan kulit dan warna kulit tidak serata. Ia juga sangat berkesan untuk merawat penuaan kulit dan kulit yang kering. Bio‑Oil telah memenangi 84 anugerah penjagaan kulit dan merupakan produk rawatan parut dan regangan kulit No.1 paling laris di 11 negara sejak pelancaran globalnya pada tahun 2002.
Formulasi Bio‑Oil adalah kombinasi ekstrak tumbuhan dan vitamin yang terampai dalam suatu asas minyak. Ia mengandungi ramuan ulung Minyak PurCellin Oil™, yang mengubah ketekalannya secara keseluruhan, menjadikannya ringan dan tidak berminyak, memastikan bahawa kebaikan vitamin dan ekstrak tumbuhan yang mudah diserap.
Bio‑Oil telah menjalani penilaian keselamatan mengikut Peraturan Parlimen Eropah dan Majlis Produk Kosmetik. Profil toksikologi, struktur kimia, tahap rangkuman dan tahap keseluruhan dos pendedahan harian setiap ramuan yang digunakan telah dinilai dan dianggap selamat untuk kegunaan (termasuk kegunaan oleh wanita hamil).
Bio‑Oil adalah ahli Beauty Without Cruelty International.
Untuk memastikan piawaian kualiti yang ketat, Bio‑Oil dihasilkan di sebuah kemudahan farmaseutikal. Semua ramuan diuji untuk pengadukan dan pencemaran mikrobiologi sebelum pengeluaran dan suatu sampel daripada setiap kelompok yang dihasilkan diuji di makmal dan kemudian disimpan dan dipantau sepanjang tempoh 5 tahun.
Semua bungkusan Bio‑Oil boleh dikitarkan semula dan semua bahan kertas disahkan mengikut amalan pengurusan hutan yang mampan.
Tiada pelepasan yang memudaratkan, sisa berbahaya atau sisa air yang dijanakan dalam pengeluaran Bio‑Oil.
**************************************
KANDUNGAN BIO OIL
**************************************
Botani
- Calendula Officinalis Flower Extract (Minyak Kalendula)
- Lavandula Angustifolia Oil (Minyak Lavender)
- Rosmarinus Officinalis Leaf Oil (Minyak Rosemary)
- Anthemis Nobilis Flower Oil (Minyak Kamomil)
Vitamin
- Retinyl Palmitate (Vitamin A)
- Tocopheryl Asetat (Vitamin E)
Asas minyak
- Paraffinum Liquidum
- Triisononanoin
- Cetearyl Ethylhexanoate
- Isopropyl Myristate
- Glycine Soja Oil
- Helianthus Annuus Seed Oil
- BHT
- Bisabolol
Wangian (Ros)
- Alpha-Isomethyl Ionone
- Amyl Cinnamal
- Benzyl Salicylate
- Citronellol
- Coumarin
- Eugenol
- Farnesol
- Geraniol
- Hydroxycitronellal
- Hydroxyisohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde
- Limonene
- Linalool
Warna
- Jingga: CI 26100 (Red 17)
- Merah Jambu: CI 26100 (Red 17) dan CI 60725 (Violet 2)
*********************************************
KEGUNAAN & CARA PENGGUNAAN BIO OIL
**********************************************
PARUT
Parut adalah bahagian yang penting dalam proses pemulihan dan disebabkan oleh pengeluaran kolagen yang berlebihan pada tapak luka.
Parut melalui bebilang perubahan sepanjang proses pematangan, tetapi parut berkekalan secara semula jadi.
Bio‑Oil diformulasikan untuk membantu membaik penampilan parut, namun tidak boleh menghapuskannya.
- Bio‑Oil harus disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari, bagi tempoh minimum 3 bulan.
- Pada parut baru, Bio‑Oil harus disapu hanya apabila luka telah sembuh, dan tidak boleh digunakan pada kulit yang luka.
- Hasil mungkin berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.
REGANGAN KULIT
Apabila tubuh mengembang lebih pantas daripada liputan kulit, kulit akan berpecah, lalu membentuk parut sewaktu penyembuhan.
Parut ini dapat dilihat pada permukaan kulit sebagai regangan kulit.
Kemungkinan terbentuknya regangan kulit berbeza bergantung pada jenis kulit, keturunan, usia, diet dan penghidratan kulit.
Mereka yang paling cenderung mengalami regangan kulit termasuk wanita hamil, tubuh pembina badan, remaja yang sedang melalui lonjakan pertumbuhan dan individual yang mengalami pertambahan berat badan secara mendadak.
Regangan kulit berkekalan secara semula jadi, dan walaupun Bio‑Oil diformulasikan untuk membantu memperbaik penampilannya, namun tidak boleh menghapuskannya.
- Bio‑Oil harus diurut pada regangan kulit dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari, bagi tempoh minimum 3 bulan.
- Sewaktu hamil, Bio‑Oil harus disapukan pada kawasan yang cenderung mengalami regangan kulit seperti abdomen, payudara, pinggang, pinggul, punggung dan paha dari permulaan trimester kedua.
- Hasil mungkin berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.
WARNA KULIT TIDAK SERATA
Warna kulit yang tidak serata berlaku apabila pengeluaran melanin oleh tubuh tidak konsisten.
Ini boleh dicetuskan oleh kesan-kesan luaran, seperti pendedahan kepada sinar matahari secara berlebihan atau penggunaan produk pemutihan kulit yang kurang berkualiti; mahupun kesan dalaman, seperti ketidakseimbangan hormon yang berhubung dengan kehamilan, putus haid atau pemakanan pil pencegah hamil.
Bio‑Oil membantu membaik penampilan warna kulit yang tak serata.
- Bio‑Oil harus disapu pada kawasan yang terjejas, dua kali setiap hari, bagi tempoh minimum 3 bulan.
- Bio‑Oil tidak mengandungi faktor pelindung mentari.
- Sekiranya menggunakan pelindung mentari, sapukannya sebaik sahaja Bio‑Oil telah diserap sepenuhnya.
- Hasil mungkin berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.
PENUAAN KULIT
Kulit yang berkedut lazimnya dikaitkan dengan penuaan yang sebahagian besarnya disebabkan oleh pelemahan dalam sistem sokongan keanjalan dan kolagen dalam kulit.
Bio‑Oil mengandungi berbilang ramuan yang membantu keplastikan kulit, menjadikannya lebih lembut, licin dan anjal, lalu mengurangkan penampilan kulit yang berkedut.
Bio‑Oil juga melembapkan kulit, yang memperbaik tekstur, warna dan penampilan garis halus dan kedutan kulit.
- Bio‑Oil harus disapukan pada kawasan yang terjejas dua kali setiap hari.
- Hasil mungkin berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.
KULIT KERING
Permukaan kulit mempunyai lapisan minyak yang tak dapat dilihat, yang bertindak sebagai penghalang untuk mencegah lembapan daripada hilang. Dalam iklim yang sangat kering, lapisan lipid ini lazimnya tidak boleh dikawal dan terlalu banyak lembapan terkeluar daripada kulit.
Mandi setiap hari boleh memudaratkan keadaan ini dengan menanggalkan lapisan lipid akibat kesan kuat sabun dan air.
Bio‑Oil memelihara lapisan minyak semula jadi kulit, dengan membantu memulihkan semula fungsi penghalangnya untuk mengekalkan kelembapan.
- Bio‑Oil harus disapukan dua kali setiap hari.
- Hasil mungkin berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.
JIKA BERMINAT SILA PM DI FB/ MSG/ SMS/ WHATSAPP : 016-686 7847
0 comments:
Post a Comment